Kampung Batu Belah
Thursday, April 1, 2010
Kampung Batu Belah terletak di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.Penduduk asal kampung ini adalah majoriti berbangsa Melayu.
Kampung Batu Belah ini juga dikaitkan dan terkenal dengan Lagenda Batu Belah Batu Bertangkup. Walaubagaimanapun tiada bukti nyata sama kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini merupakan sejarah atau dongeng sahaja.
Namun, kewujudan beberapa tempat yang sinonim dengan dengan kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini di sekitar Kampung Batu Belah, Klang ini menguatkan hujah bahawa memang kisah ini wujud di zaman dahulu.
Terdapat beberapa tempat di sekitar Kampung Batu Belah ini disebutkan di dalam kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini, seperti Sungai Binjai, Sungai Putus dan Bukit Kerayong. Bagi mencari kepastian berkenaan kisah ini tiada satu pun fakta yang jelas dan sohih bagi membuktikan kewujudan Batu Belah Batu Bertangkup ini.
3 comments:
TQ!! saya memang memerlukan maklumat nih..
siapakah yang menubuhkan batu belah
Latar Belakang di Taman Sungai Pinang ,Klang
Post a Comment