Kampung Batu Belah

Thursday, April 1, 2010

Kampung Batu Belah terletak di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.Penduduk asal kampung ini adalah majoriti berbangsa Melayu.

Kampung Batu Belah ini juga dikaitkan dan terkenal dengan Lagenda Batu Belah Batu Bertangkup. Walaubagaimanapun tiada bukti nyata sama kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini merupakan sejarah atau dongeng sahaja.

Namun, kewujudan beberapa tempat yang sinonim dengan dengan kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini di sekitar Kampung Batu Belah, Klang ini menguatkan hujah bahawa memang kisah ini wujud di zaman dahulu.

Terdapat beberapa tempat di sekitar Kampung Batu Belah ini disebutkan di dalam kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini, seperti Sungai Binjai, Sungai Putus dan Bukit Kerayong. Bagi mencari kepastian berkenaan kisah ini tiada satu pun fakta yang jelas dan sohih bagi membuktikan kewujudan Batu Belah Batu Bertangkup ini.

3 comments:

Kak Bunga June 23, 2013 at 8:53 PM  

TQ!! saya memang memerlukan maklumat nih..

Muhammad Fai April 22, 2018 at 2:43 AM  

siapakah yang menubuhkan batu belah

Unknown April 27, 2018 at 9:49 PM  

Latar Belakang di Taman Sungai Pinang ,Klang

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Blog ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk Kampung Batu Belah. Disamping bertujuaan memberi informasi terkini berkenaan isu semasa dan global. Semua pelawat adalah dengan hormatnya dijemput memberi komen atau maklumbalas berkenaan blog ini.

Sekian, terima kasih.

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP