Program Mini Karnival Kesihatan 2010

Monday, April 5, 2010

Program yang julung-julung kali di adakan di Kampung ini. Di harap akan berterusan dan menjadi aktiviti tahunan.

 Sambutan amat menggalakkan dari warga penduduk Kampung Batu Belah dan sekitarnya. Beberapa Agensi Kerajaan turut mengambil bahagian dengan mengadakan pamiran dan khidmat percuma. Antara agensi  kerajaan yang mengambil bahagian ialah

  1. Majlis Perbandaran Klang
  2. Jabatan Kesihatan Daerah Klang
  3. Polis Diraja Malaysia
  4. Bomba dan Penyelamat
  5. RELA
  6. Majlis Agama Islam Negeri Selangor
  7. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
  8. Jabatan Mufti Negeri Selangor
  9. PEMADAM

Read more...

Petikan Kenyataan Berkenaan Batu Belah Batu Bertangkup

Friday, April 2, 2010

Dihantar oleh ctaida 

"Fulamak... "Batu Belah Batu Bertangkup, Telanlah aku Luluhlah aku, aku mengidam telor tembakol..." Adakah pernah wujud Batu Belah Batu Bertangkup di Kampung Batu Belah di Daerah Klang, Selangor.?? Jawapan saya sebagai orang asal kampung tercinta itu ialah... "TIDAK PASTI!"

Cerita tu saya anggap sebagai "cerita penglipur-lara" yang telah didokumenkan suatu ketika dahulu, dan memang ade "kitab bahasa jawa" tu tentang batu bertangkup ... tapi malangnya versi tunggal dikahabarkan telah binasa ketika banjir besar sekitar tahun 70an. Sekarang, tak ada apa-apa bukti tentang kesasihan cerita tersebut.


Kg Batu Belah berkait rapat dengan Kg2 di sekitarnya, seperti Kg. Sungai Binjai, di Pekan Meru dan Kg. Bukit Kerayong di Pekan Kapar iaitu tempat di mana Melor dan Pekan berkelana menyusuri sungai dan menetap kemudiannya di Bukit Kerayong dengan nenek angkatnya.


Fakta sejarah dari lakaran peta-peta zaman dahulu memang menunjukkan wujudnya Sungai Binjai yang menjadi salah satu anak sungai yang berakhir di Sungai Klang. Tetapi sekarang, sungai tu dah takde lagi, kering kot? Itu sebab di jadikan jalanraya (Klang- Jalan Meru) ketika ini. Wallahu'alam.


Lokasi bongkah "bekas" batu belah batu bertangkup tersebut kini terletak di dalam kawasan lapang sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah (SRAI) Kg. Batu Belah. Tapi dah tinggal bongkah batu aje lah. Dulu masa saya kecik ade gak tengok benda tu, gitu ajelah.. sebongkah batu, tapi saya tak nampak pulak ade rupa lubang gua.. hanya sebongkah batu, macam batu sungai yang besar tu.. macam tu ler...


Menurut cerita orang tua dahulu, ketika zaman Jepun, batu-batu pejal dilereng Bukit Batu Belah telah di letupkan untuk dijadikan kerikil jalan. Batu-batu pejal tu dikatakan sebagai daripada "sebahagian badan" batu belah batu bertangkup yang telah di musnahkan terlebih dahulu oleh anak raja yang kahwin dengan si Melur tu.


Lokasi batu belah batu bertangkup pernah dijadikan sebagai salah satu tempat bersejarah di bandar Klang dalam tahun 80an dan 90an, ade gak ler saya tengok bas pelancong berhenti kat situ terjenguk-jenguk.., tapi sebab status tanahnya adalah di dalam kawasan tanah persendirian, lokasi bersejarah itu pun "selamat" ditelan oleh arus pembangunan.


Bagi memperingati sejarah lagenda batu belah batu bertangkup tersebut dua taman perumahan telah lama diberikan nama sempena nama Melur (Taman Bunga Melur) dan nama Pekan (Taman Sri Pekan) dan Kg. Batu Belah tetap menggunakan nama asalnya.


Itu aje ler info ringkas yang boleh saya bagi.


Sekian, wassalam..."


Read more...

Kamus Jawa - Melayu

Thursday, April 1, 2010

Kamus Jawa-Melayu ini bertujuan membantu penduduk Kampung Batu Belah, Klang khususnya dan pelawat umumnya mempelajari serba sedikit bahasa jawa.

Penduduk asal Kampung Batu Belah majoritinya boleh dan fasih berbahasa Jawa. Namun dengan arus dunia moden bahasa jawa semakin kurang digunakan dalam pertuturan harian.

Bagi mengelakkan kepupusan bahasa jawa adalah sukacitanya di lancarkan pengumpulan perkataan-perkataan jawa untuk pengetahuan generasi sekarang dan akan datang.

Oleh, itu sumbangan perkataan jawa dari otai-otai amatlah diharapkan.

Sila masukkan perkataan jawa-melayu diruangan comments



Abjad


Ados

Abjad B


bocah= budak-budak


Abjad C


cilik = kecil




Abjad D


Abjad E

endi=mana





Abjad F


Abjad G


Abjad H


Abjad I


iso = boleh
iwak = ikan


Abjad J

ja gong=duduk





Abjad K

kapan = bila
kareppe = sesuka hati
kasur = tilam
kayane = macamnya
kesel = penat
keplak = tampar

kangen=rindu




Abjad L


Abjad M

mangan = makan
modhar = mampus


Abjad N

nguyuh = kencing
ngeseng = berak
ngadek = brdiri

Abjad O


Abjad P


Abjad Q


Abjad R


Abjad S


Abjad T

turon = baring
turu = tidur
tangi = bangun dr tidur



Abjad U


Abjad V


Abjad W


Abjad X


Abjad Y


Abjad Z

Read more...

Kampung Batu Belah

Kampung Batu Belah terletak di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.Penduduk asal kampung ini adalah majoriti berbangsa Melayu.

Kampung Batu Belah ini juga dikaitkan dan terkenal dengan Lagenda Batu Belah Batu Bertangkup. Walaubagaimanapun tiada bukti nyata sama kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini merupakan sejarah atau dongeng sahaja.

Namun, kewujudan beberapa tempat yang sinonim dengan dengan kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini di sekitar Kampung Batu Belah, Klang ini menguatkan hujah bahawa memang kisah ini wujud di zaman dahulu.

Terdapat beberapa tempat di sekitar Kampung Batu Belah ini disebutkan di dalam kisah Batu Belah Batu Bertangkup ini, seperti Sungai Binjai, Sungai Putus dan Bukit Kerayong. Bagi mencari kepastian berkenaan kisah ini tiada satu pun fakta yang jelas dan sohih bagi membuktikan kewujudan Batu Belah Batu Bertangkup ini.

Read more...

SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Blog ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk Kampung Batu Belah. Disamping bertujuaan memberi informasi terkini berkenaan isu semasa dan global. Semua pelawat adalah dengan hormatnya dijemput memberi komen atau maklumbalas berkenaan blog ini.

Sekian, terima kasih.

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP