Petikan Kenyataan Berkenaan Batu Belah Batu Bertangkup

Friday, April 2, 2010

Dihantar oleh ctaida 

"Fulamak... "Batu Belah Batu Bertangkup, Telanlah aku Luluhlah aku, aku mengidam telor tembakol..." Adakah pernah wujud Batu Belah Batu Bertangkup di Kampung Batu Belah di Daerah Klang, Selangor.?? Jawapan saya sebagai orang asal kampung tercinta itu ialah... "TIDAK PASTI!"

Cerita tu saya anggap sebagai "cerita penglipur-lara" yang telah didokumenkan suatu ketika dahulu, dan memang ade "kitab bahasa jawa" tu tentang batu bertangkup ... tapi malangnya versi tunggal dikahabarkan telah binasa ketika banjir besar sekitar tahun 70an. Sekarang, tak ada apa-apa bukti tentang kesasihan cerita tersebut.


Kg Batu Belah berkait rapat dengan Kg2 di sekitarnya, seperti Kg. Sungai Binjai, di Pekan Meru dan Kg. Bukit Kerayong di Pekan Kapar iaitu tempat di mana Melor dan Pekan berkelana menyusuri sungai dan menetap kemudiannya di Bukit Kerayong dengan nenek angkatnya.


Fakta sejarah dari lakaran peta-peta zaman dahulu memang menunjukkan wujudnya Sungai Binjai yang menjadi salah satu anak sungai yang berakhir di Sungai Klang. Tetapi sekarang, sungai tu dah takde lagi, kering kot? Itu sebab di jadikan jalanraya (Klang- Jalan Meru) ketika ini. Wallahu'alam.


Lokasi bongkah "bekas" batu belah batu bertangkup tersebut kini terletak di dalam kawasan lapang sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah (SRAI) Kg. Batu Belah. Tapi dah tinggal bongkah batu aje lah. Dulu masa saya kecik ade gak tengok benda tu, gitu ajelah.. sebongkah batu, tapi saya tak nampak pulak ade rupa lubang gua.. hanya sebongkah batu, macam batu sungai yang besar tu.. macam tu ler...


Menurut cerita orang tua dahulu, ketika zaman Jepun, batu-batu pejal dilereng Bukit Batu Belah telah di letupkan untuk dijadikan kerikil jalan. Batu-batu pejal tu dikatakan sebagai daripada "sebahagian badan" batu belah batu bertangkup yang telah di musnahkan terlebih dahulu oleh anak raja yang kahwin dengan si Melur tu.


Lokasi batu belah batu bertangkup pernah dijadikan sebagai salah satu tempat bersejarah di bandar Klang dalam tahun 80an dan 90an, ade gak ler saya tengok bas pelancong berhenti kat situ terjenguk-jenguk.., tapi sebab status tanahnya adalah di dalam kawasan tanah persendirian, lokasi bersejarah itu pun "selamat" ditelan oleh arus pembangunan.


Bagi memperingati sejarah lagenda batu belah batu bertangkup tersebut dua taman perumahan telah lama diberikan nama sempena nama Melur (Taman Bunga Melur) dan nama Pekan (Taman Sri Pekan) dan Kg. Batu Belah tetap menggunakan nama asalnya.


Itu aje ler info ringkas yang boleh saya bagi.


Sekian, wassalam..."


0 comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Blog ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk Kampung Batu Belah. Disamping bertujuaan memberi informasi terkini berkenaan isu semasa dan global. Semua pelawat adalah dengan hormatnya dijemput memberi komen atau maklumbalas berkenaan blog ini.

Sekian, terima kasih.

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP